Puan Hajah Fuziah Binti Salleh [Kuantan] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan:
(a) berapakah jumlah simpanan stok bauksit yang berada di dalam dan di luar Pelabuhan Kuantan sewaktu bermulanya moratorium berbanding dengan keseluruhan jumlah bauksit yang di eksport dari Pelabuhan Kuantan dan Kemaman sehingga kini; dan
(b) berapakah jumlah simpanan stok yang masih belum di bersihkan pada ketika ini