TUAN WILLIE ANAK MONGIN [ PUNCAK BORNEO ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan:
a) apakah status perlaksanaan Projek tebatan Banjir di Kampung Sebemban yang telah diluluskan dengan peruntukan sebanyak RM2.5 juta; dan
b) adakah Kementerian berhasrat dan mempunyai pelan memperbaiki saliran dan pengairan di kawasan Kampung Bratan, Kampung Bratan Asah, Kampung Sikog, Kampung Mambong, Taman Duranda Mas, Kpg Bayur, Kpg Tringgus Bong, Kpg Tringgus Muan, Kpg Rabak Rotan, Kpg Bijuray, Kpg Maang, Kpg Sinjok, Kpg Tijirak dan Kpg Duras yang sering dilanda banjir akibat kelemahan sistem saliran dan pengairan.