DATUK ALI ANAK BIJU [ SARATOK ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan:
a) langkah–langkah yang akan diambil Kementerian dalam proses penyerahan kuasa bekalan elektrik kepada Kerajaan Negeri Sabah dan adakah ianya melibatkan implikasi kewangan terhadap Kerajaan Persekutuan ; dan
b) berapa lama tempoh masa yang diperlukan sebelum keseluruhan proses tersebut selesai.