Jenis Soalan : Bukan Lisan | Kategori : PerhutananBiodiversiti
| Penggal 2
No. Soalan : 693
Tuan Wong Kah Woh [ Taiping ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan jumlah pelancong Zoo Negara dan Zoo Taiping yang direkodkan pada tahun 2023. Sila nyatakan jumlah peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan kepada kedua-dua zoo pada tahun 2023.
Jenis Soalan : Bukan Lisan | Kategori : Air
| Penggal 2
No. Soalan : 653
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal [ Machang ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan bilakah pihak Jabatan Pengairan dan Saliran akan melaksanakan projek tebatan banjir di Sungai Sat. Hal ini memandangkan hampir setiap tahun air sungai akan melimpah dan mengakibatkan berlakunya banjir di kawasan penempatan terdekat.
Jenis Soalan : Bukan Lisan | Kategori : Air
| Penggal 2
No. Soalan : 610
Tuan Chow Yu Hui [ Raub ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan kekerapan loji rawatan air di daerah Raub berhenti dari tahun 2022-2023 serta status projek Pre-Sed Tank di Loji Sungai Bilut, Loji Sungai Semantan dan Loji Sungai Klau dan menyenaraikan projek-projek lain yang dijalankan oleh Pengurusan Air Pahang Berhad di daerah Raub sepanjang tempoh tahun 2019 hingga 2023.
Jenis Soalan : Bukan Lisan | Kategori : Tenaga
| Penggal 2
No. Soalan : 597
Puan Yeo Bee Yin [ Puchong ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk membantu pemain-pemain tenaga boleh baharu (TBB) di Malaysia untuk mengeksport TBB ke Singapura dan negara-negara lain.
Jenis Soalan : Bukan Lisan | Kategori : MineralGeosains
| Penggal 2
No. Soalan : 592
Tuan Mohd Syahir bin Che Sulaiman [ Bachok ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan inisiatif pihak Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan keupayaan Kerajaan negeri meningkatkan keupayaan untuk mengekstrak, mengeksploitasi dan membangunkan sendiri unsur nadir bumi (REE) secara lebih mampan serta menguntungkan negeri dan negara.
Jenis Soalan : Bukan Lisan | Kategori : Alam Sekitar
| Penggal 2
No. Soalan : 590
Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan [ Permatang Pauh ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan:
a) apakah status terkini pelaksanaan kerja-kerja projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSI) di pulau mutiara yang dilaporkan bermula 1 Julai 2023; dan
b) sesi libat urus yang telah diadakan dengan semua pihak berkepentingan, serta inisiatif Kementerian bagi membantu dan memastikan sumber rezeki golongan nelayan di kawasan berkenaan agar tidak terjejas.
Jenis Soalan : Bukan Lisan | Kategori : PerhutananBiodiversiti
| Penggal 2
No. Soalan : 566
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy [ Kalabakan ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah langkah mitigasi yang dirangka oleh pihak Kementerian di dalam menangani konflik di antara manusia-hidupan liar iaitu melibatkan populasi gajah pygmy Borneo di kawasan sekitar Kalabakan yang kini berpotensi memberi ancaman kepada penduduk dan hasil tanaman.
Jenis Soalan : Bukan Lisan | Kategori : Air
| Penggal 2
No. Soalan : 555
Tuan Lo Su Fui [ Tawau ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan adakah perancangan proaktif seperti memberi peruntukan pembinaan Telaga Tiub dengan sistem Penapisan Ultra Sumber Air, tubewell bagi mengatasi masalah air di Tawau dan Sabah yang boleh menampung keperluan air hampir 200-300 orang dengan kos hanya RM1 juta.
Jenis Soalan : Bukan Lisan | Kategori : Air
| Penggal 2
No. Soalan : 554
Tuan Lee Chean Chung [ Petaling Jaya ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan usaha-usaha Kementerian dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk mencapai sasaran 10,000km Denai Sungai Kebangsaan pada 2030 dan bagaimanakah Kementerian memperkasa penglibatan NGO dan komuniti untuk mencegah risiko pencemaran ke dalam sungai serta ke arah pengurusan alam sekitar yang lestari.
Jenis Soalan : Bukan Lisan | Kategori : Air
| Penggal 2
No. Soalan : 550
Tuan Tan Hong Pin [ Bakri ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan senarai jadual waktu kerja selenggaraan setiap sungai/parit di daerah Muar dan Johor Bahru dengan menyatakan kontraktor yang terlibat, kos perbelanjaan yang terlibat, tarikh mula/akhir kerja pembersihan, kepanjangan sungai/parit yang diselenggara pada tahun 2023.
Jenis Soalan : Bukan Lisan | Kategori : Air
| Penggal 2
No. Soalan : 531
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [ Pasir Mas ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan langkah Kementerian di dalam menangani insiden tanah runtuh di tepi Sungai Kelantan di Kampung Jiah, Pengkalan Pasir, Pasir Mas.
Jenis Soalan : Bukan Lisan | Kategori : Tenaga
| Penggal 2
No. Soalan : 530
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan trend kebergantungan, corak peningkatan harga dan negara sumber untuk penjanaan tenaga elektrik dari tahun 2012 hingga 2023 serta nyatakan apakah faktor yang mengukuhkan bahawa ICTP tidak membebankan rakyat dan PMKS.
Jenis Soalan : Bukan Lisan | Kategori : Alam Sekitar
| Penggal 2
No. Soalan : 523
Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin [ Jerantut ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan kenapa kualiti air Sungai Jelai semakin tercemar sehingga mengganggu kualiti pembenihan Ikan Patin di Jerantut, dan apa tindakan Kementerian untuk kembalikan kualiti air supaya tidak lagi tercemar.
Jenis Soalan : Bukan Lisan | Kategori : Tenaga
| Penggal 2
No. Soalan : 500
Tuan Oscar Ling Chai Yew [ Sibu ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan kesan kecenderungan dunia beralih ke tenaga hijau, adakah peralihan ini akan mengakibatkan permintaan petroleum akan berkurangan. Apakah kesannya terhadap fisikal negara kita pada masa yang akan datang.
Jenis Soalan : Bukan Lisan | Kategori : Perubahan Iklim
| Penggal 2
No. Soalan : 496
Tuan Oscar Ling Chai Yew [ Sibu ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah perancangan bagi meningkatkan kesedaran rakyat terhadap perubahan iklim, dan mengeluarkan satu laporan terhadap kajian kesan perubahan iklim terhadap negara kita dalam tempoh 50 tahun akan datang.
Jenis Soalan : Bukan Lisan | Kategori : Air
| Penggal 2
No. Soalan : 477
Tuan Jimmy Puah Wee Tse [ Tebrau ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan status terkini projek membina tebatan banjir dalam kawasan Parlimen Tebrau mengikut peratusan siap dan jumlah peruntukan yang telah disalurkan.
Jenis Soalan : Bukan Lisan | Kategori : Air
| Penggal 2
No. Soalan : 461
Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan usaha Kerajaan bagi mengatasi masalah banjir di sekitar Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kampung Babong, Taman Bendahara, Kampung Pengkalan Chepa, Kampung Telok Kitang, Kampung Tebing Tinggi, Kampung Penambang dan Kampung Semut Api.
Jenis Soalan : Bukan Lisan | Kategori : Pembangunan
| Penggal 2
No. Soalan : 451
Datuk Willie Anak Mongin [ Puncak Borneo ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah projek-projek Kementerian yang telah dilaksanakan dan diluluskan di Parlimen Puncak Borneo sejak tahun 2018 sehingga tahun 2023.
Jenis Soalan : Bukan Lisan | Kategori : Tenaga
| Penggal 2
No. Soalan : 392
Tuan Jamaludin bin Yahya [ Pasir Salak ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah Kementerian berhasrat mengkaji semula keberkesanan subsidi tarif elektrik terutama kepada pengguna domestik yang berpendapatan rendah dan menengah.
Jenis Soalan : Bukan Lisan | Kategori : Tenaga
| Penggal 2
No. Soalan : 391
Tuan Jamaludin bin Yahya [ Pasir Salak ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah langkah-langkah Kementerian secara holistik dalam menangani impak kenaikan tarif elektrik kepada pengguna agar ianya tidak menjadi bebanan yang ketara kepada rakyat.
Jenis Soalan : Bukan Lisan | Kategori : Air
| Penggal 2
No. Soalan : 371
Tuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah tindakan yang diambil oleh pihak Kementerian terhadap para kontraktor yang gagal mengikuti spesifikasi bahan binaan, peralatan dan reka bentuk semasa menyempurnakan Projek Pengindahan dan Pembersihan Sungai Melaka Fasa 2 yang telah dimulakan sejak tahun 2012.
Jenis Soalan : Bukan Lisan | Kategori : PerhutananBiodiversiti
| Penggal 2
No. Soalan : 360
Tuan Haji Kamal bin Ashaari [ Kuala Krau ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan adakah pihak Kementerian mempunyai perancangan yang teliti agar pemburuan haram hutan-hutan di negara kita dapat dinoktahkan.
Jenis Soalan : Bukan Lisan | Kategori : Air
| Penggal 2
No. Soalan : 355
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan [ Merbok ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan pelan tindakan bagi pengawalan hakisan pantai di Kampung Huma, Tanjung Dawai yang akan memberi perlindungan jangka panjang kepada penduduk-penduduk dan nelayan-nelayan berdekatan pantai berkenaan.
Jenis Soalan : Bukan Lisan | Kategori : Perubahan Iklim
| Penggal 2
No. Soalan : 348
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan perancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk memenuhi komitmen Kementerian bagi mengurangkan intensiti gas rumah hijau sehingga 45 peratus kepada keluaran negara kasar pada tahun 2030.
Jenis Soalan : Bukan Lisan | Kategori : Tenaga
| Penggal 2
No. Soalan : 347
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan jumlah pengguna yang melanggan Tarif Elektrik Hijau (GET) mengikut kategori domestik, komersial dan industri serta bagaimana Kementerian meyakinkan pengguna untuk meneruskan langganan program tersebut berikutan peningkatan lebih enam kali ganda kadar tarif premium GET.
Jenis Soalan : Bukan Lisan | Kategori : Alam Sekitar
| Penggal 2
No. Soalan : 325
Datuk Suhaimi bin Nasir [ Libaran ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan sejauh manakah keberkesanan pelaksanaan kempen Tanpa Beg Plastik yang bertujuan untuk memelihara alam sekitar serta adakah matlamat untuk mengurangkan penggunaan beg plastik telah dapat dicapai.
Jenis Soalan : Bukan Lisan | Kategori : Tenaga
| Penggal 2
No. Soalan : 318
Datuk Ali anak Biju [ Saratok ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan status penyerahan kawal selia bekalan elektrik Sabah daripada Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Sabah. Berapakah jumlah tanggungan kewangan yang perlu dibayar oleh Sabah untuk mengambil penuh kuasa kawal selia tersebut.
Jenis Soalan : Bukan Lisan | Kategori : Tenaga
| Penggal 2
No. Soalan : 317
Datuk Ali anak Biju [ Saratok ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan berapa banyak jumlah subsidi yang elektrik yang telah ditanggung oleh Kerajaan dari bulan Januari 2023 sehingga bulan September 2023 di Semenanjung Malaysia dan Sabah.
Jenis Soalan : Bukan Lisan | Kategori : MineralGeosains
| Penggal 2
No. Soalan : 316
Datuk Ali anak Biju [ Saratok ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan hala tuju pembangunan Industri Perlombongan Unsur Nadir Bumi Radioaktif (NR-REE). Adakah Kerajaan bercadang untuk membuka hutan simpanan kekal di Semenanjung Malaysia untuk melombong NR-REE. Sudahkah SOP Perlombongan NR-REE dimuktamadkan.
Jenis Soalan : Bukan Lisan | Kategori : Tenaga
| Penggal 2
No. Soalan : 314
Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan sejauh mana Kementerian telah melaksanakan transisi penggunaan tenaga kepada tenaga boleh diperbaharui dan sehingga kini apakah sasaran yang telah berjaya dicapai serta bagaimana Kementerian akan memperluas penggunaan tenaga boleh diperbaharui dalam sektor pendidikan negara.
Jenis Soalan : Bukan Lisan | Kategori : PerhutananBiodiversiti
| Penggal 2
No. Soalan : 270
Tuan Zakri bin Hassan [ Kangar ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan adakah Kementerian dapat membantu pemilik dusun di Banjaran Nakawan bagi mendapatkan akses untuk memasuki dusun mereka iaitu di kawasan hutan simpan Bukit Ayer.
Jenis Soalan : Bukan Lisan | Kategori : Air
| Penggal 2
No. Soalan : 248
Dato' Dr. Ahmad Yunus bin Hairi [ Kuala Langat ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan status pembangunan pemecah ombak yang pernah dicadangkan sebelum ini di pantai Morib memandangkan beberapa kejadian air pasang dan arus ombak yang kuat memecahkan tembok pantai tersebut.
Jenis Soalan : Bukan Lisan | Kategori : Alam Sekitar
| Penggal 2
No. Soalan : 237
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin [ Tangga Batu ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan adakah pihak Kementerian telah menjalankan audit alam sekitar bagi mengkaji tahap pencemaran terkini di kawasan projek-projek tambakan laut di negeri Melaka serta langkah-langkah mitigasi berkenaan.
Jenis Soalan : Bukan Lisan | Kategori : PerhutananBiodiversiti
| Penggal 2
No. Soalan : 230
Dato' Rosol bin Wahid [ Hulu Terengganu ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan langkah dan perancangan diambil untuk menangani isu haiwan liar yang memasuki kawasan penempatan penduduk sehingga menjejaskan tanaman dan hasil kebun serta mengancam keselamatan awam.
Jenis Soalan : Bukan Lisan | Kategori : Air
| Penggal 2
No. Soalan : 228
Dato' Rosol bin Wahid [ Hulu Terengganu ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan tindakan yang diambil untuk mengatasi masalah kualiti dan tekanan air rendah di Hulu Terengganu.
Jenis Soalan : Bukan Lisan | Kategori : Perubahan Iklim
| Penggal 2
No. Soalan : 217
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [ Ledang ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan sebarang langkah yang diambil bagi menangani isu impak perubahan iklim kepada pertumbuhan dan persekitaran kanak-kanak.
Jenis Soalan : Bukan Lisan | Kategori : Air
| Penggal 2
No. Soalan : 207
Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng [ Tanjung Piai ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan status terkini cadangan menaik taraf sistem kumbahan dan sanitari perkampungan atas air Kukup Laut dan Ayer Masin yang melibatkan lebih 400 kediaman setelah laporan kajian ketersediaan serta impak sosial oleh Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP) telah siap tersedia sejak April 2022.
Jenis Soalan : Bukan Lisan | Kategori : Alam Sekitar
| Penggal 2
No. Soalan : 182
Tuan Onn bin Abu Bakar [ Batu Pahat ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan dari kajian "the plastic problem in Malaysia management, recycling and disposal of local and global plastic waste", menjelaskan pengurusan pelupusan sampah plastik adalah masalah utama di dunia dan di Malaysia. Apakah inovasi baru Malaysia untuk melaksanakan langkah melupuskan sampah plastik agar mesra alam sekitar.
Jenis Soalan : Bukan Lisan | Kategori : Tenaga
| Penggal 2
No. Soalan : 176
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan tahap perkembangan Projek Hidroelektrik Nenggiri Kelantan dan jangkaan bilakah ia dapat siap untuk beroperasi sepenuhnya.
Jenis Soalan : Bukan Lisan | Kategori : Alam Sekitar
| Penggal 2
No. Soalan : 167
Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan sama ada Kerajaan bersetuju menukar kaedah pelaksanaan EIA dimana pemaju membayar fi kepada Jabatan Alam Sekitar dan perlantikan syarikat yang menilai EIA dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar berubah daripada amalan sekarang dimana pemaju yang membayar fi dan melantik sendiri syarikat yang membuat penilaian EIA.
Jenis Soalan : Bukan Lisan | Kategori : Perubahan Iklim
| Penggal 2
No. Soalan : 148
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man [ Kubang Kerian ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan :-
a) jumlah dana yang diterima melalui Global Environment Facility (GEF), Green Climate Fund (GCF), dan Adaptation Fund (AF); dan
b) apakah bentuk program dan jumlah dana yang telah dibelanjakan.
Jenis Soalan : Bukan Lisan | Kategori : Perubahan Iklim
| Penggal 2
No. Soalan : 147
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man [ Kubang Kerian ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan langkah adaptasi terhadap perubahan iklim yang sedang dilaksanakan dan dalam perancangan oleh Kementerian.
Jenis Soalan : Bukan Lisan | Kategori : Air
| Penggal 2
No. Soalan : 146
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man [ Kubang Kerian ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan status terkini Empangan Chereh di Kuantan yang dilaporkan pecah pada November 2021, dan berapa kos baik pulih yang telah diluluskan.
Jenis Soalan : Bukan Lisan | Kategori : Air
| Penggal 2
No. Soalan : 94
Tuan Chow Kon Yeow [ Batu Kawan ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan status permohonan mitigasi jangka masa panjang untuk membaik pulih hakisan di pantai Batu Ferringhi, Pulau Pinang. Pada masa sama, adakah Kementerian akan melaksanakan kerja-kerja pengorekan dan pendalaman sungai-sungai utama serta muara sungai antaranya Sungai Pinang, Sungai Jawi, Sungai Juru dan Sungai Perai termasuk borrow pit di Pulau Pinang bagi melancarkan aliran air ke laut.
Jenis Soalan : Bukan Lisan | Kategori : Tenaga
| Penggal 2
No. Soalan : 52
Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali [ Pekan ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan statistik terkini penggunaan solar bagi kegunaan domestik dan juga industri. Nyatakan juga sejauh manakah penggunaan solar yang semakin meluas dalam membantu mengurangkan jejak karbon.
Jenis Soalan : Bukan Lisan | Kategori : Air
| Penggal 2
No. Soalan : 33
Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan dalam menangani isu kekerapan ketiadaan air terutamanya di kawasan Parlimen Maran dan mengapakah ianya kerap terjadi kebelakangan ini.
Jenis Soalan : Bukan Lisan | Kategori : Air
| Penggal 2
No. Soalan : 31
Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan perkembangan terkini bagi projek tebatan banjir di Parlimen Maran yang sebelum ini telah diluluskan dan bilakah kerja-kerja akan dimulakan.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : MineralGeosains
| Penggal 2
No. Soalan : 38
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas [ Mersing ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan sekiranya larangan eksport nadir bumi (REE) diperkenalkan oleh kerajaan, apakah pelan jangka pendek dan jangka panjang Kerajaan untuk memanfaatkan sumber REE di negara kita dan bagaimana kerajaan dapat memastikan keuntungan diagih secara adil di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri hasil daripada jualan atau pemprosesan REE ini.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Air
| Penggal 2
No. Soalan : 23
Tuan Chow Kon Yeow [ Batu Kawan ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan sama ada baraj baru di Mak Mandin Ampang Jajar, Sungai Perai negeri Pulau Pinang akan dibina yang mana juga turut berperanan membantu mengelak (saline intrusion) daripada memasuki muka sauk di sungai berkaitan. Jelaskan juga sama ada Kementerian mempunyai perancangan jangka masa panjang untuk membina Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) dalam membekalkan sebuah takungan air mentah simpanan untuk kegunaan pada musim kemarau atau tempoh kecemasan.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Perubahan Iklim
| Penggal 2
No. Soalan : 19
Tuan Wong Chen [ Subang ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan anggaran penjimatan fiskal berikutan pengurangan perbelanjaan apabila Malaysia mencapai sasaran sebanyak 1.5 juta kenderaan elektrik pada tahun 2040.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : MineralGeosainsAir
| Penggal 2
No. Soalan : 16
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun [ Hulu Selangor ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan adakah Kementerian mempunyai perancangan untuk menyediakan Sistem Amaran Banjir Kepala Air (SABKA) di lokasi berisiko tinggi di seluruh Malaysia khususnya di Hulu Selangor.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Alam Sekitar
| Penggal 2
No. Soalan : 13
Tuan Tan Hong Pin [ Bakri ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan pendirian Kementerian dalam Perjanjian Plastik Global, komitmen untuk menangani krisis plastik dan usaha yang telah diambil untuk mengekang pencemaran alam sekitar daripada sisa buangan plastik menjelang 2040. Adakah Kementerian akan mengehadkan pengeluaran plastik.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Tenaga
| Penggal 2
No. Soalan : 11
Tuan Chong Chieng Jen [ Stampin ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan dasar Kerajaan untuk menggalakkan penjanaan tenaga boleh baharu dan apakah ganjaran kepada negeri Sarawak atas usaha dan sumbangannya dalam bidang itu.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Alam SekitarAir
| Penggal 2
No. Soalan : 54
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan [ Merbok ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan kaedah pihak Kementerian untuk mengawal pencemaran bau di SK Bukit Kiara yang dibina berhampiran kolam takungan air limbah dari kawasan perindustrian berhampiran. Hal ini amat merisaukan.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Air
| Penggal 2
No. Soalan : 50
Tuan Zakri bin Hassan [ Kangar ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan adakah terdapat usaha-usaha untuk menggantikan paip air di Perlis memandangkan kadar kehilangan air begitu banyak melalui paip-paip yang bocor.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Air
| Penggal 2
No. Soalan : 49
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin [ Masjid Tanah ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan langkah-langkah yang telah diambil dalam menangani isu banjir terutamanya banjir kilat di ibu negara dan persiapan yang dilakukan untuk melindungi aktiviti- aktiviti perniagaan yang kebarangkaliannya boleh mencecah nilai ekonomi yang tinggi daripada turut terjejas semasa banjir.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Air
| Penggal 2
No. Soalan : 47
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi [ Kuala Kedah ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan usaha-usaha yang diambil bersama agensi Kerajaan Persekutuan yang lain bagi mengukuhkan kedudukan tebing-tebing sungai dan terusan di dalam Parlimen Kuala Kedah.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : MineralGeosains
| Penggal 2
No. Soalan : 43
Dato' Seri Haji Aminuddin bin Harun [ Port Dickson ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan mengenai apakah kesan alam sekitar dari perlombongan Rare Earth Elements (REE) dan adakah impak negatif dari industri ini.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Tenaga
| Penggal 2
No. Soalan : 40
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan :-
a) Jumlah premis kediaman yang memasang solar panel di bawah Skim Permeteran Tenaga Bersih (NEM) 3.0 Rakyat; dan
b) usaha Kementerian dalam menggalakkan lebih ramai pengguna untuk menyambut inisiatif NEM yang boleh memberi penjimatan dan kecekapan tenaga kepada pengguna.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Perubahan Iklim
| Penggal 2
No. Soalan : 33
Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya [ Putatan ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan dapatan hasil Data Bank Dunia 2023, negara-negara maju telah mula menguatkuasakan Carbon Pricing Policy untuk mengawal aktiviti ekonomi yang mencemarkan alam sekitar. Majoriti negara-negara membangun seperti Malaysia sebagai negara yang mempunyai hasil eksport yang tinggi, masih belum menguatkuasakan Carbon Pricing Policy. Apakah perancangan Malaysia dalam agenda carbon neutral growth.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : MineralGeosains
| Penggal 2
No. Soalan : 30
Tuan Fathul Huzir bin Ayob [ Gerik ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan status lombong Rare Earth Element (REE) atau unsur nadir bumi yang telah beroperasi di Daerah Gerik, Hulu Perak dan telah mengeluarkan hasil pertama pada Februari sebanyak RM1.66 juta yang berada di Mukim Kenering. Malangnya ia melibatkan beberapa isu iaitu :-
a) berapakah hasil pengeluaran sebenar REE tersebut dan bagaimanakah pembahagian keuntungan atau hasil antara syarikat pelombong, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan (Majlis Daerah); dan
b) sumber air yang mengalir memasuki perairan Sungai Perak dan tenaga pekerja yang digunakan tidak melibatkan secara menyeluruh warga Gerik.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Perubahan Iklim
| Penggal 2
No. Soalan : 29
Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan kaedah bagaimana mencapai sifar pelepasan gas rumah hijau seawal 2050 untuk mengurangkan kesan negatif terhadap perubahan iklim seperti mana sasaran RMK-12.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : MineralGeosains
| Penggal 2
No. Soalan : 26
Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin [ Jerantut ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan :-
a) komitmen Kementerian dalam memastikan eksploitasi nadir bumi ini selamat dan terjaga flora dan fauna negara ini
terutamanya di Jerantut; dan
b) senarai lombongan haram nadir bumi yang telah dikenalpasti oleh pihak Kementerian.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : MineralGeosains
| Penggal 2
No. Soalan : 24
Dato' Azman bin Nasrudin [ Padang Serai ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan Malaysia telah diketahui umum sebagai sebuah negara yang kaya dengan sumber asli nadir bumi. Mengikut kajian Jabatan Mineral dan Geosains, Pusat Tenaga Atom dan Pusat Nuklear Malaysia, adakah nadir bumi yang terdapat di Malaysia mempunyai kesan radioaktif yang berbahaya kepada manusia dan alam sekitar.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Air
| Penggal 2
No. Soalan : 23
Dato' Verdon bin Bahanda [ Kudat ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan rancangan Kementerian untuk meminimumkan dan mengurus risiko kesan perubahan iklim seperti pemecah ombak, kawalan hakisan pantai dan banjir khusus untuk kawasan Kudat dan Pitas di Parlimen Kudat yang setiap tahun terkesan akibat perubahan iklim.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : MineralGeosains
| Penggal 2
No. Soalan : 22
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden [ Alor Setar ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah dasar dan garis panduan terkini bagi penerokaan dan pemprosesan nadir bumi atau REE.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Air
| Penggal 2
No. Soalan : 17
Puan Vivian Wong Shir Yee [ Sandakan ] minta MENTERI SUMBER ASLI,ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan secara terperinci :-
a) berapa peratusan Air Tidak Terhasil (NRW) yang direkodkan di Sabah dan Sandakan; dan
b) berapa banyak kos yang telah diperuntukkan oleh Kementerian untuk mengatasi isu NRW yang tinggi di Sabah dan Sandakan.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : TanahUkur dan PemetaanGeospatial
| Penggal 2
No. Soalan : 10
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [ Kuala Krai ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan :-
a) ada Kementerian berhasrat menaik taraf Bahagian Pembahagian Pusaka, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) kepada sebuah jabatan khusus yang lebih lengkap keperluannya; dan
b) apa langkah terkini Kementerian dalam menangani isu lambakan tunggakan kes pembahagian pusaka khususnya selepas Rang Undang-Undang Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) (Pindaan) 2021 diluluskan Parlimen.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Tenaga
| Penggal 2
No. Soalan : 7
Puan Yeo Bee Yin [ Puchong ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan menyatakan status terkini rangka undang-undang Third-Party-Access (TPA) bekalan elektrik dan bilakah Kementerian akan membentangkannya di Parlimen.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Tenaga
| Penggal 2
No. Soalan : 1
Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad [ Simpang Renggam ] minta MENTERI PELABURAN, PERDAGANGAN DAN INDUSTRI menyatakan jumlah dan perincian terbaharu pelaburan langsung asing dalam sektor Tenaga Boleh Baharu bagi menjayakan National Energy Transition Roadmap (NETR).
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Tenaga
| Penggal 2
No. Soalan : 50
Puan Wong Shu Qi [ Kluang ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan jumlah penjimatan berikutan pelaksanaan subsidi bersasar bil elektrik, dan jumlah akaun pengguna yang terkesan mengikut kategori industri dan domestik, serta negeri.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Air
| Penggal 2
No. Soalan : 47
Puan Isnaraissah Munirah Majilis [ Kota Belud ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan langkah bersepadu bagi tempoh jangka masa pendek dan panjang bagi mengurangkan kejadian bencana banjir di Sabah melalui projek tebatan banjir, pembaikan/ pembinaan infrastruktur saliran serta pembangunan lestari bagi baki Rancangan Malaysia Ke-12.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : MineralGeosains
| Penggal 2
No. Soalan : 44
Tuan Che Alias bin Hamid [ Kemaman ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan sejauh mana usaha sama antara Kerajaan dengan Kerajaan negeri yang mempunyai sumber mineral dan apakah inisiatif yang disediakan oleh Kerajaan dalam membangunkan sumber tersebut.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Perubahan Iklim
| Penggal 2
No. Soalan : 42
Tuan Chow Kon Yeow [ Batu Kawan ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan usaha serta pelaksanaan program tenaga boleh diperbaharui di seluruh negara. Adakah Kementerian akan menyalurkan peruntukan kepada setiap negeri berhubung pemasangan hab pengecasan kenderaan elektrik (EV) berlandaskan komitmen pelepasan karbon sifar bersih atau 'net-zero emissions' yang diuar-uarkan dan apakah strategi serta tempoh masa penggunaan kereta elektrik secara 100 peratus dalam negara.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : PERHILITAN
| Penggal 2
No. Soalan : 37
Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim [ Gua Musang ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah Kerajaan tidak bercadang untuk menaik taraf Pejabat Perhilitan Gua Musang termasuk menambah bilangan anggota dan kelengkapan lengkap memandangkan ancaman hidupan liar di Gua Musang menunjukkan peningkatan yang semakin ketara.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Air
| Penggal 2
No. Soalan : 32
Dato' Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan tindakan segera Kerajaan dalam menghadapi Monsun Timur Laut yang mengakibatkan banjir yang akan berlaku di negeri Pantai Timur sebagai langkah untuk mengatasi KESBAN yang masih belum siap sepenuhnya.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Tenaga
| Penggal 2
No. Soalan : 31
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan kesediaan membentang satu 'Peta Teknologi Nasional Tenaga Boleh Baharu' (RE) atau 'National RE Technology Map' yang memperincikan teknologi RE strategik yang perlu diberi tumpuan dalam R&D, untuk menghasilkan nilai ekonomi baru serta menjadikan Malaysia penjana RE (dan bukan sekadar pengguna teknologi) lantas menjadi hub RE global dalam jangka panjang sekaligus menyokong NETR atau 'Pelan Hala-Tuju Peralihan Tenaga Nasional'.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : MineralGeosains
| Penggal 2
No. Soalan : 25
Tuan Lee Chuan How [ Ipoh Timor ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan strategi terkini untuk mengurangkan kebergantungan global bagi REE.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Perubahan Iklim
| Penggal 2
No. Soalan : 17
Tuan Onn bin Abu Bakar [ Batu Pahat ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan isu perubahan cuaca kini menjadi suatu fenomena di dunia. Adakah Kementerian berhasrat untuk menggubal Akta Perubahan Cuaca untuk rakyat Malaysia menjadikan isu ini sebagai satu tanggungjawab bersama.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : PerhutananBiodiversiti
| Penggal 2
No. Soalan : 12
Kapten Azahari bin Hasan [ Padang Rengas ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan haiwan perosak seperti babi hutan dan kera yang semakin lama semakin meliar di kawasan kediaman penduduk di kampung serta merosakkan hasil tanaman penduduk kampung. Apakah inisiatif bagi menangani masalah haiwan perosak ini.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Air
| Penggal 2
No. Soalan : 9
Tuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan tentang Empangan Durian Tunggal, Asahan Dan Jus yang disenaraikan oleh SPAN sebagai berisiko tinggi dengan menyatakan tindakan yang boleh diambil dan berapakah peruntukan akan diberikan untuk empangan-empangan tersebut agar mampu berfungsi menjamin bekalan air yang mencukupi kepada pengguna di Melaka.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : MineralGeosains
| Penggal 2
No. Soalan : 1
Tuan Tan Kar Hing [ Gopeng ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan perancangan Kementerian dalam memastikan industri perlombongan NR-REE tanpa meninggalkan kesan terhadap kelestarian alam sekitar dan impak sosial kepada penduduk.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Air
| Penggal 2
No. Soalan : 40
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan [ Merbok ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan adakah projek pengawalan hakisan akan dilaksana di kawasan Tanjung Dawai khususnya Kampung Huma kerana hakisan yang berlaku di kampung tersebut semakin parah dan mengancam keselamatan penduduk.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Tenaga
| Penggal 2
No. Soalan : 31
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man [ Kubang Kerian ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan kesediaan Malaysia membangunkan industri mineral daripada aspek teknologi dan tenaga mahir.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Air
| Penggal 2
No. Soalan : 23
Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal [ Bukit Gantang ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan perancangan projek tebatan banjir dan permohonan RM70 juta oleh Jabatan Perairan dan Saliran (JPS) Larut Matang dan Selama (LMS) dengan kerjasama Pusat Khidmat P059 Parlimen Bukit Gantang bagi mengatasi masalah banjir di Bukit Gantang. Apakah usaha Kementerian dalam memperbaiki sistem takungan di kawasan lombong dan saliran di Kurnia Jaya, Ayer Kuning, Taman Pengkalan Makmur dan Batu 14 Trong.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Air
| Penggal 2
No. Soalan : 14
Tuan Fathul Huzir bin Ayob [ Gerik ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan untuk melihat semula keperluan mendesak laluan sungai bagi masyarakat di pedalaman terutamanya masyarakat Orang Asli Gerik yang terpaksa berjalan kaki jauh sekiranya musim kemarau tiba kerana hakisan tanah kesan pembalakan menyebabkan paras air menjadi cetek.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Tenaga
| Penggal 2
No. Soalan : 3
Puan Vivian Wong Shir Yee [ Sandakan ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan :-
a) apakah rancangan segera untuk meningkatkan penjanaan kuasa di Sabah dengan melihat sifar rizab margin elektrik pada ketika ini di Sabah; dan
b) adakah Kementerian akan memberi jaminan bahawa ia tidak akan mempertimbangkan sumber tenaga tidak boleh diperbaharui seperti arang batu untuk penjanaan kuasa baharu di Sabah.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Tenaga
| Penggal 2
No. Soalan : 1
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan kesediaan membentang satu 'Peta Teknologi Nasional Tenaga Boleh Baharu' (RE) atau 'National RE Technology Map' yang memperincikan aspek 'content' dalam NETR atau 'Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga'.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Alam Sekitar
| Penggal 2
No. Soalan : 57
Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman [ Labuan ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan menyatakan usaha proaktif Kementerian bagi mengelakkan kejadian pembakaran terbuka dan insiden jerebu rentas sempadan termasuk dari aspek penguatkuasaan dengan kerjasama negara Indonesia.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : MineralGeosains
| Penggal 2
No. Soalan : 55
Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [ Setiu ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan inisiatif Kementerian dalam usaha mengembangkan pemprosesan REE terutama di 10 negeri yang mempunyai hasil galian tersebut bagi mendepani dasar China yang mengehadkan jumlah eksport logam REE sekaligus mampu menjana sumber pendapatan negara.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Air
| Penggal 2
No. Soalan : 38
Tuan Wan Razali bin Wan Nor [ Kuantan ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah tindakan Kementerian terhadap loji rawatan kumbahan yang tidak diselenggara dengan baik dan terbiar khususnya di bawah seliaan pihak swasta atau pemaju.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : PERHILITAN
| Penggal 2
No. Soalan : 25
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan [ Sri Gading ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan usaha yang boleh diambil oleh Kerajaan bagi memastikan haiwan liar seperti monyet dan kera yang merosakkan hasil tanaman penduduk kampung mampu diatasi sehingga kini. Monyet dan kera mula mengancam penduduk dengan memasuki rumah penduduk kampung.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Air
| Penggal 2
No. Soalan : 22
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man [ Kubang Kerian ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan :-
a) perancangan Kerajaan bagi mengatasi masalah banjir yang sering berlaku di Lipis; dan
b) bilakah projek mengatasi banjir ini bermula dan berapa anggaran kos bagi setiap projek.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Tenaga
| Penggal 2
No. Soalan : 18
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan penyelesaian rungutan rakyat terhadap isu tarif elektrik (bil TNB) yang tinggi dan apakah langkah Kementerian bagi membantu rakyat.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : MineralGeosains
| Penggal 2
No. Soalan : 13
Tuan Chong Zhemin [ Kampar ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan keputusan untuk menghalang eksport mineral NR-REE dan bagaimana membantu untuk membina industri downstream NR-REE di Malaysia.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Alam Sekitar
| Penggal 2
No. Soalan : 9
Datuk Willie anak Mongin [ Puncak Borneo ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan demi mencapai hasrat "Net Zero Carbon Emissions" pada tahun 2050. Adakah Kementerian mempunyai kemampuan kewangan, strategi dan kepakaran untuk mencapai hasrat ini.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Air
| Penggal 2
No. Soalan : 2
Dato' Hajah Mumtaz binti Md Nawi [ Tumpat ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan sejauh manakah bajet dan langkah spesifik dan berfasa yang telah diambil oleh Kementerian terutama kepada negeri yang masih tidak mempunyai empangan khusus untuk air sebagaimana Kelantan bagi memastikan negara kita dapat berhadapan dengan krisis air pada dekad yang akan datang.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Air
| Penggal 2
No. Soalan : 64
Tuan Azli bin Yusof [ Shah Alam ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan perkembangan dan kemajuan kerja tebatan banjir di Sungai Klang (Sri Muda) yang sepatutnya bermula pada April 2023. Berapa jumlah yang akan dibelanjakan pada tahun ini, peruntukan untuk tahun 2024 dan tahun 2025.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Alam Sekitar
| Penggal 2
No. Soalan : 47
Tuan Syahredzan bin Johan [ Bangi ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan perkembangan susulan lawatan Menteri ke tapak pelupusan sampah haram di Twin Palms Sungai Long dan Black Water Lake Mahkota Cheras pada 30 Mei 2023, serta langkah-langkah jangka pendek, sederhana, panjang dan garis masa bagi menyelesaikan isu pencemaran di lokasi tersebut.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : MineralGeosains
| Penggal 2
No. Soalan : 46
Tuan Lee Chuan How [ Ipoh Timor ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah rancangan Kerajaan bagi memperincikan garis panduan ataupun akta sedia ada dalam memastikan kawal selia REE yang berkesan.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Air
| Penggal 2
No. Soalan : 42
Dr. Hajah Halimah Ali [ Kapar ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan senarai projek tuntas mitigasi banjir di Kapar (semua DUN) termasuk kos dan garis masa serta pencapaian semasa.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Air
| Penggal 2
No. Soalan : 40
Tuan Chow Kon Yeow [ Batu Kawan ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah perkembangan terkini Projek Air Perak Pulau Pinang yang merupakan penyelesaian jangka panjang berpotensi dalam menangani keperluan air mentah bagi negeri Pulau Pinang dan juga Perak sehingga 2050. Bilakah inisiatif perbincangan dengan Kerajaan Negeri Perak sebagaimana dinyatakan sebelum ini akan berlangsung.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Alam Sekitar
| Penggal 2
No. Soalan : 33
Tuan Tan Hong Pin [ Bakri ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan status peningkatan ketelusan dan keberkesanan dengan Bursa Malaysia dalam usaha membuktikan syarikat Malaysia tidak terlibat dalam jerebu serantau di Indonesia dan juga status menggubal Akta Jerebu Rentas Sempadan sebagai langkah membuktikan syarikat Malaysia yang beroperasi di Indonesia tidak terlibat dalam kebakaran hutan.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Air
| Penggal 2
No. Soalan : 28
Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan :-
a) status pelaksanaan Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan dan Sungai Golok; dan
b) status pembinaan sistem bekalan air luar bandar (BALB) Kampung Pengkalan Nangka dan kawasan Tumpat, Kelantan yang telah diluluskan oleh Kementerian di bawah permohonan Rolling Plan 4.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Air
| Penggal 2
No. Soalan : 18
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [ Pasir Mas ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan perkembangan pembinaan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok (KESBAN) dan bilakah ia dijangka siap sepenuhnya.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Tenaga
| Penggal 2
No. Soalan : 13
Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad [ Simpang Renggam ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan perkembangan terkini kapasiti terpasang Tenaga Boleh Baharu Malaysia dalam usaha mencapai sasaran 31% menjelang 2025.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Air
| Penggal 2
No. Soalan : 3
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy [ Kalabakan ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah perkembangan terkini projek tebatan banjir dan pembinaan tebing di lencongan sungai Tawau melibatkan kawasan Kampung Pasir Putih dan Kampung Tanjung Batu memandangkan isu banjir yang semakin teruk berlaku di kawasan ini.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Ukur dan Pemetaan
| Penggal 2
No. Soalan : 55
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan pandangan dan pertimbangan Kerajaan terhadap gesaan untuk melaksanakan pemetaan semula persempadanan perairan Singapura dan Johor terutama di perairan Selat Tebrau susulan insiden nelayan tempatan dihalau pihak berkuasa Singapura ketika memasang jaring udang di kawasan Pasir Laba.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Air
| Penggal 2
No. Soalan : 24
Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman [ Labuan ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan:-
bilakah kerja-kerja menaik taraf paip-paip air di W.P. Labuan siap dilaksanakan sepenuhnya dan sampai bilakah tindakan bahagian bekalan air (BBA) yang mencatu bekalan air bersih setiap minggu dapat dihentikan; dan
berapa lama lagi rakyat Labuan menderita akibat ketidakcekapan pihak pengurusan SESB kerana masalah gangguan bekalan elektrik semakin berlarutan dan bertambah teruk. Inikah penghormatan yang sepatutnya diberikan oleh Kerajaan Pusat kepada Sabah apabila penyerahan Labuan yang bertujuan untuk dimaju dan dibangunkan namun setelah 39 tahun menjadi Wilayah Persekutuan yang ke-2, Labuan masih dan tetap lagi mundur sama ada dari aspek pembangunan mahupun ekonominya.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Air
| Penggal 2
No. Soalan : 17
Tuan Zahir bin Hassan [ Wangsa Maju ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan :-
a) sejauh mana kejayaan pelaksanaan perancangan centralised sewage system (CSS) berdasarkan RMKe-12; dan
b) strategi Kementerian menghadapi kelewatan siap CSS yang telah menjejaskan pengeluaran Sijil Pematuhan Siap dan Pematuhan (CCC) sehingga mengakibatkan kelewatan penyerahan kunci kepada pembeli rumah.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Air
| Penggal 2
No. Soalan : 11
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli [ Batang Lupar ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan status Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Parlimen Batang Lupar serta langkah-langkah intervensi bagi mengawal hakisan pantai di kawasan yang terjejas seperti di Tanjung Riong, Maludam, Kg. Semarang dan Batang Maro ke Kampung Paloh.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Air
| Penggal 2
No. Soalan : 7
Puan Isnaraissah Munirah Majilis [ Kota Belud ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan secara terperinci kos keseluruhan (jenis projek dan penambahbaikan) dan garis masa yang ditetapkan bagi mengatasi masalah bekalan air bersih di Sabah.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : MineralGeosains
| Penggal 2
No. Soalan : 48
Tuan Lee Chuan How [ Ipoh Timor ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah kajian-kajian daripada universiti terkemuka tempatan yang menyumbang ke arah kelestarian REE sekiranya dibangunkan di Malaysia.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : MineralGeosains
| Penggal 2
No. Soalan : 47
Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan nilai nadir bumi yang boleh dilombong di Malaysia dan apakah nilai downstream selepas diproses serta memandangkan sisanya adalah amat toksik, nyatakan jaminan untuk memastikan semua kawalan alam sekitar dipatuhi demi keselamatan dan kesihatan rakyat.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Tenaga
| Penggal 2
No. Soalan : 43
Puan Isnaraissah Munirah Majilis [ Kota Belud ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah alternatif bagi penambahan kapasiti penjanaan tenaga yang bersifat segera dan fast track selain daripada Karpowership bagi memulihkan rizab margin di Sabah dan lebih selari dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR).
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Tenaga
| Penggal 2
No. Soalan : 34
Tuan Wong Chen [ Subang ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan :-
a) anggaran jumlah sisa panel solar menjelang 2050; dan
b) rancangan Kerajaan untuk pengurusan end-of-life untuk panel
solar.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : TanahUkur dan PemetaanGeospatial
| Penggal 2
No. Soalan : 20
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor [ Temerloh ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan berapa peratus jumlah tanah dan aset yang telah menjadi milik kekal pada warga asing atau syarikat asing mengikut negeri-negeri di seluruh negara bermula tahun 2020 sehingga 2023.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Tenaga
| Penggal 2
No. Soalan : 17
Tuan Wong Kah Woh [ Taiping ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan strategi Kerajaan untuk mencapai sasaran terpilih KSP RMK-12 yang menetapkan 31% kapasiti terpasang tenaga boleh baharu dengan mengambil kira sumber tabung TBB yang akan menjadi semakin berkurangan.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Air
| Penggal 2
No. Soalan : 6
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail [ Kubang Pasu ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan langkah Kerajaan bagi mengurangkan Non-Revenue Water (Air Tidak Terhasil) bagi negeri-negeri yang peratusnya lebih tinggi dari purata nasional (37.2%) seperti negeri Kedah.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Air
| Penggal 2
No. Soalan : 3
Dato' Sri Richard Riot anak Jaem [ Serian ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah tindakan diambil untuk membina struktur Penahanan Tebing Batang Sadong di Kampung Hilir Serian yang sudah runtuh dan merbahaya.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Air
| Penggal 2
No. Soalan : 51
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji [ Jelutong ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk meneruskan projek tebatan banjir lembangan Sungai Pinang di Jelutong, Pulau Pinang yang pada mulanya diumumkan pada RMK-7 dengan jumlah anggaran perbelanjaan RM600 juta dan kemudian diumumkan di bawah RMK-11 dengan jumlah anggaran perbelanjaan sebanyak RM150 juta tetapi tidak dinyatakan langsung dalam Kajian Separuh Penggal RMK-12 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 11 September 2023 dan belum dilaksanakan lagi.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : PerhutananBiodiversiti
| Penggal 2
No. Soalan : 45
Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan insiden-insiden kerosakan (termasuk jumlah kerugian) dan kematian manusia yang disebabkan oleh gajah dalam 5 tahun yang lepas. Apakah langkah-langkah yang telah diambil dan akan diambil untuk mengatasi masalah ini.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Tenaga
| Penggal 2
No. Soalan : 43
Tuan Chong Chieng Jen [ Stampin ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah komposisi sumber tenaga elektrik negara kita dan apakah projeksinya menjelang tahun 2030. Apakah angka terperinci bagi setiap negeri.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Air
| Penggal 2
No. Soalan : 38
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man [ Kubang Kerian ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan :-
a) status terkini program Denai Sungai Kebangsaan (DSK) bagi setiap negeri dan sejauh mana sasaran tercapai; dan
b) adakah Kementerian menyediakan peruntukan tambahan serta mohon senaraikan mengikut pecahan negeri.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Tenaga
| Penggal 2
No. Soalan : 37
Tuan Onn bin Abu Bakar [ Batu Pahat ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan kajian di peringkat antarabangsa tahun 2008 memaklumkan nilai simpanan tenaga ombak adalah 2 kali ganda penggunaan tenaga elektrik dunia. Adakah tenaga ombak akan digunakan untuk mengganti tenaga arang batu dan fosil.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Tenaga
| Penggal 2
No. Soalan : 35
Datuk Seri Panglima Madius Tangau [ Tuaran ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah persediaan yang dibuat oleh Kerajaan Sabah untuk memastikan agar kerangka urus tadbir bekalan elektrik apabila hal bekalan elektrik di-assignkan balik ke Sabah.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Air
| Penggal 2
No. Soalan : 27
Tuan Lo Su Fui [ Tawau ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan status kemajuan Projek Rancangan Tebatan Banjir Tawau Fasa 1A yang diluluskan pada RMK-11 Pakej 3 dan 4 yang meliputi :-
a) pembesaran sungai asal sepanjang 4.0 KM dari Kampung Titingan kerana keadaan sekarang, besar di hulu sungai 20 meter dan di hilir sungai 7 meter menyebabkan air melimpah dan banjir; dan
b) pemasangan kunci air automatik atau Automatic Tidal Gate) dan memperbaiki sistem pengaliran lencongan Sungai Tawau melalui Kampung Pasir Putih dan Kampung Kukusan sehingga lautan.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : MineralGeosains
| Penggal 2
No. Soalan : 8
Dato' Ahmad bin Saad @ Yahaya [ Pokok Sena ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan status terkini kajian terhadap tahap unjuran ekonomi sumber mineral strategik khusus kepada negeri Kedah berdasarkan Rancangan Malaysia Ke-12.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Perubahan Iklim
| Penggal 2
No. Soalan : 5
Tuan Wong Chen [ Subang ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan anggaran pengurangan jangkaan pelepasan gas rumah hijau apabila mencapai sasaran Malaysia untuk 1.5 juta kenderaan elektrik.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : MineralGeosains
| Penggal 2
No. Soalan : 52
Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan dapatan terperinci jawatankuasa induk peringkat pusat yang diwujudkan oleh Kerajaan bagi menyelaras standard operasi dan tatakelola sektor perlombongan mineral khususnya nadir bumi atau Non-Radioactive Rare Earth Element (NRREE).
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Perubahan Iklim
| Penggal 2
No. Soalan : 50
Tuan Che Alias bin Hamid [ Kemaman ] minta MENTERI SUMBER ASLI,
ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan :-
a) senarai industri yang terlibat dalam perdagangan karbon kredit di Malaysia; dan
b) mekanisme yang digunakan bagi mengukur karbon kredit untuk dijual kepada negara lain.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Air
| Penggal 2
No. Soalan : 44
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man [ Kubang Kerian ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan jumlah pembiayaan Kerajaan Persekutuan mengikut negeri bagi projek sumber air negeri sejak perjanjian migrasi dimuktamadkan sehingga Jun 2023.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Air
| Penggal 2
No. Soalan : 40
Tuan Lo Su Fui [ Tawau ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan :-
a) Status dan jangkaan projek pembinaan Loji Cinta Mata 2 ini boleh disiapkan sepenuhnya; dan
b) Jaminan untuk menurunkan segera bajet perlaksanaan Loji Rawatan Air Cinta Mata 2 yang dijangka boleh menampung keperluan air hampir 500 ribu penduduk Tawau.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Perubahan Iklim
| Penggal 2
No. Soalan : 35
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan status rantaian nilai dalam sektor berkaitan tenaga hijau termasuk dari industri tenaga boleh diperbaharui, penstoran tenaga, teknologi nyah karbon, teknologi tenaga baru seperti hidrogen dan sebagainya.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Alam Sekitar
| Penggal 2
No. Soalan : 32
Dr. Hajah Halimah Ali [ Kapar ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan :-
a) bagaimanakah pihak Kerajaan memastikan kilang-kilang tidak menjadi penyebab pencemaran alam sekitar; dan
b) apakah tindakan tuntas Kerajaan mengenai sisa buangan kilang di tapak pelupusan haram seperti di Batu 14, Jalan Kapar yang dikatakan telah mencecah hingga 400 tan sampah dan kebakaran sampah ini masih berulang.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : PerhutananBiodiversiti
| Penggal 2
No. Soalan : 20
Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin [ Jerantut ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan mengapa Jabatan Perhilitan Jerantut hanya mempunyai 1 buah kereta pacuan 4-roda, keahlian anggota yang sedikit, fasiliti pejabat yang kurang selesa serta bilangan perangkap haiwan yang tidak mencukupi sedangkan keluasan Jerantut yang berbukit-bukau dan mempunyai hutan sebesar 378,357.83 hektar.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : MineralGeosains
| Penggal 2
No. Soalan : 8
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas [ Mersing ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan secara terperinci sejauh mana fungsi dan bidang Pusat Bencana Geologi Negara bagi menangani impak keterancaman perubahan iklim di Malaysia.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Perubahan Iklim
| Penggal 2
No. Soalan : 2
Dato' Dr. Alias bin Razak [ Kuala Nerus ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan usaha Kerajaan bagi memastikan negeri Pantai Timur khususnya Terengganu turut menerima dana pembiayaan daripada Global Environmental Facility (GEF) dan Green Climate Fund (GCF).
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Tenaga
| Penggal 2
No. Soalan : 55
Tuan Sim Tze Tzin [ Bayan Baru ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan dengan lebih terperinci mekanisme yang membenarkan isi rumah untuk mendapatkan pendapatan dengan menyewakan bumbung untuk pemasangan panel solar. Berapakah projek telah berjaya dijalan setakat ini.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : MineralGeosains
| Penggal 2
No. Soalan : 36
Tuan Che Alias bin Hamid [ Kemaman ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan sejauh mana justifikasi Dasar Mineral Negara yang dirangka bergerak selari dengan Dasar Perhutanan Negara dan Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan bagi memelihara alam sekitar, hidupan liar dan Orang Asli.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Alam Sekitar
| Penggal 2
No. Soalan : 35
Tuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan :-
(a) adakah Jabatan Alam Sekitar telah meluluskan laporan EIA untuk projek terminal pelayaran Melaka Gateway oleh Syarikat KAJ Sdn Bhd memandangkan ia melibatkan penambakan laut; dan
(b) adakah ini bercanggah atau berlebihan (redundant) memandangkan Jabatan Alam Sekitar telah meluluskan laporan EIA untuk projek terminal pelayaran di kawasan berhampiran oleh Syarikat Far East Sdn Bhd.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Air
| Penggal 2
No. Soalan : 33
Tuan Haji Yusuf bin Abd. Wahab [ Tanjong Manis ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah terdapat peruntukan untuk membina benteng hakisan ombak untuk melindungi kawasan pantai yang terhakis di Parlimen Tanjong Manis.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Tenaga
| Penggal 2
No. Soalan : 17
Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad [ Simpang Renggam ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan perkembangan terkini penubuhan Renewable Energy Exchange pada tahun 2024.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Tenaga
| Penggal 2
No. Soalan : 11
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan kelebihan yang akan diperoleh negara dengan kelonggaran dasar perdagangan Tenaga Boleh Baharu rentas sempadan.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Air
| Penggal 2
No. Soalan : 4
Dato' Dr. Ahmad Yunus bin Hairi [ Kuala Langat ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan perancangan Kerajaan untuk menggunakan kaedah baru bagi mengatasi masalah berkaitan pengukuhan ban Pantai Barat Semenanjung yang menghadapi masalah hampir setiap tahun berlaku ban rebak khususnya di Daerah Kuala Langat.