Lawatan Menteri KeTSA ke Geopark Lembah Kinta
22 February 2021

​YB Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah mengadakan lawatan ke Geotapak Gunung Lang di Geopark Lembah Kinta pada 22 Februari 2021.


Lawatan ini bertujuan meninjau keadaan terkini Geopark Lembah Kinta yang telah diperakukan sebagai Geopark Kebangsaan pada Julai 2017.

Geopark ini merupakan inisiatif KeTSA menggalakkan pelaksanaan pembangunan wilayah secara lestari. 

Pembangunan Geopark melibatkan pemuliharaan sumber warisan semula jadi melalui aktiviti geopelancongan, pendidikan, pembangunan lestari dan mampan serta menjana ekonomi masyarakat.











Attachments