Majlis Perhimpunan KETSA Bersama Menteri Tenaga Dan Sumber Asli
16 March 2021

Majlis Perhimpunan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bersama YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah telah diadakan di Dewan Baiduri Wisma Sumber Asli pada 15 Mac 2021.

Perhimpunan ini merupakan perjumpaan pertama YB Menteri bersama pengurusan tertinggi KeTSA bagi tahun 2021. Sesi perhimpunan pada kali ini telah diadakan dalam suasana norma baharu. Bagi mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan, kakitangan KeTSA mendengar ucapan dan amanat YB Menteri melalui sesi FB LIVE yang ditayangkan menerusi media sosial rasmi Kementerian.

Menerusi petikan ucapan YB Menteri, beliau menegaskan bahawa kerjasama erat dan kesepakatan antara anggota pentadbiran dengan pengurusan penting bagi memastikan agenda serta dasar Kerajaan dapat dilaksanakan dengan berkesan.
















Attachments