Lawatan Kerja YB Timbalan Menteri ke Taman Eko Rimba (TER) Mossy Forest
27 March 2021

​Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, YB Datuk Ali Biju mengajak setiap lapisan masyarakat untuk bersama-sama KeTSA memelihara hutan untuk generasi akan datang.

Menurut beliau, usaha memelihara dan memulihara hutan kita tidak boleh dipandang enteng kerana ia bukan sahaja untuk dinikmati generasi masa kini malah untuk turut terus dinikmati generasi akan datang.

Timbalan Menteri berkata demikian ketika mengadakan lawatan kerja ke Taman Eko Rimba (TER) Mossy Forest pada 27 Mac.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (Operasi dan Teknikal); Mohd Rahim Rani dan Timbalan Perhutanan Negeri Pahang (Pembangunan); Dato Samsu Anuar Nawi.

Dalam lawatan kerja tersebut, Datuk Ali turut mengambil peluang mendaki ke Mini Irau dalam norma baharu COVID-19.

Untuk info, TER Mossy Forest yang diuruskan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang merupakan antara produk ekopelancongan KeTSA.

TER Mossy Forest terletak di dalam Kompartmen 2, Hutan Simpan Batu Gangan Tambahan dengan ketinggian 2,000 meter dari aras laut serta keluasan 2.3ha+-.

Timbalan Menteri turut mengajak para pencinta aktiviti pendakian dan masyarakat umumnya mengambil peluang mengunjungi TER Mossy Forest namun perlu mematuhi SOP yang ditetapkan untuk mencegah COVID-19.

 



Attachments