Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Ali Biju merangkap Ahli Parlimen Saratok dan ADUN Krian menyeru masyarakat supaya tidak mempercayai khabar angin dan berita palsu mengenai vaksin Covid-19.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taklimat mengenai pengurusan Covid-19 sempena Program Malaysia Prihatin bersama 150 orang warga kerja Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Sarawak (JKPTG) termasuk Jabatan Penerangan di Kuching, Sarawak pada 16 April lalu.
Tegas beliau, vaksin Covid-19 yang diperoleh Kerajaan adalah selamat, justeru semua pihak termasuk penjawat awam hendaklah memainkan peranan dalam memastikan negara dapat mencapai imuniti kelompok.
Untuk rekod, Program Malaysia Prihatin adalah satu program libat urus YB Menteri dan YB Timbalan Menteri bagi memberi penjelasan mengenai Pengurusan Pandemik COVID-19 kepada rakyat di samping inisiatif dan langkah-langkah yang diambil Kerajaan dalam menangani COVID-19 kepada masyarakat umum.

