Lawatan Kerja Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (MPIC) ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) Sungkai, Perak
12 April 2021

Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), YB. Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Hj. Nasarah telah menerima lawatan kerja Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (MPIC), YB. Dato’ Khairuddin bin Aman Razali di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), Sungkai, Perak pada 12 April 2021. Beliau juga bersama YB Menteri MPIC telah menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Antara Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia, 𝑀𝑎𝑙𝑎𝑦𝑠𝑖𝑎𝑛 𝑃𝑎𝑙𝑚 𝑂𝑖𝑙 𝐶𝑜𝑢𝑛𝑐𝑖𝑙 (MPOC) dan 𝑀𝑎𝑙𝑎𝑦𝑠𝑖𝑎𝑛 𝑃𝑎𝑙𝑚 𝑂𝑖𝑙 𝐺𝑟𝑒𝑒𝑛 𝐶𝑜𝑛𝑠𝑒𝑟𝑣𝑎𝑡𝑖𝑜𝑛 𝐹𝑜𝑢𝑛𝑑𝑎𝑡𝑖𝑜𝑛 (MPOGCF). 

Di bawah Memorandum Persefahaman ini, terdapat beberapa jalinan kerjasama yang dipersetujui iaitu Program Pembiakan Harimau Malaya, Pembiayaan lima ekor anak Harimau Malaya, Program Pemindahan Harimau Malaya ke Pusat Konservasi Harimau Kebangsaan (NTCC), Lanchang, Pahang, Bengkel Penyediaan Prosedur Kualiti (SOP) Rehabilitasi, Meliarkan dan Pelepasan Harimau Malaya, Program Penguatkuasaan melalui rondaan dan pemantauan dan lain-lain program yang berkaitan.

Lawatan tersebut turut disertai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, YBhg, Datuk Zurinah binti Pawanteh dan Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YBhg. Datuk Ravi Muthayah.


Attachments