YB Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan, Menteri Tenaga dan Sumber Asli dan YB Datuk Ali Biju, Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli memulakan tugas pada hari pertama dengan menghadiri taklimat dan mesyuarat bersama Pengurusan Tertinggi KeTSA, 1 September lepas.
Datuk Seri Takiyuddin dalam kenyataan media sulungnya sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli turut menzahirkan komitmen dalam memperkasakan agenda KeTSA, terutama memastikan kekayaan sumber asli dijaga, diurus secara mapan dan bertanggungjawab untuk generasi akan datang.
"Saya berkeyakinan dan komited untuk menggalas tanggungjawab dan amanah ini bagi menerajui KeTSA demi mencapai visi dan misi, memacu inisiatif utama berpaksikan rakyat serta mengutamakan budaya kerja berprestasi tinggi untuk menyokong inisiatif Kerajaan untuk mendepani cabaran pandemik COVID-19 dan pemulihan ekonomi negara," tambahnya lagi.
Beliau turut menyatakan harapan agar segala inisiatif yang bakal dilaksanakan KeTSA akan mendapat sokongan padu daripada semua pihak bagi merancakkan semula aktiviti ekonomi dan meningkatkan keyakinan pelabur.