SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2021 PERINGKAT KEMENTERIAN TENAGA DAN SUMBER ASLI
09 October 2021
​​
9 Oktober - Bersempena dengan sambutan Hari Sukan Negara 2021, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) telah menganjurkan aktiviti pertandingan Treasure Hunt dan FIFA e-Game yang disertai oleh warga KeTSA dan jabatan serta agensi di bawah Kementerian.  

Acara 'flag off' bagi pertandingan Treasure Hunt sempena Hari Sukan Negara 2021 telah disempurnakan oleh Menteri Tenaga dan Sumber Asli YB Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan pada hari ini , 9 Oktober 2021 di Wisma Sumber Asli, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA).

Pertandingan FIFA e-Game juga telah dianjurkan pada hari berikutnya pada 10 Oktober 2021 di Dewan Baiduri, Wisma Sumber Asli.




Attachments