17 Oktober - Menteri Tenaga dan Sumber Asli, YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan menghadiri Majlis Persidangan Pengarah-Pengarah Perhutanan Malaysia ke-41, di Hotel Adya Pulau Langkawi, Kedah pada hari ini, 17 Oktober 2021.
Persidangan tahunan ini membincangkan isu berkaitan dasar dan perkara-perkara berkenaan perhutanan, antara lainnya diharap pada tahun ini akan menggariskan beberapa perkara berkaitan kepentingan komitmen Malaysia dalam memelihara dan memulihara hutan dan mengekalkan kawasan berhutan Malaysia, kepentingan kawasan berhutan untuk negara dan dunia serta pelaksanaan Dasar Perhutanan Malaysia (DPM) dan Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan (DKBK) sebagai agenda nasional.
Bagi memastikan khazanah sumber hutan terus dipelihara, peranan Pengarah-Pengarah Perhutanan Negeri dilihat amat penting sebagai penggerak transformasi dan berfungsi sebagai penghubung atau jambatan di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk memastikan komitmen dan agenda negara tercapai.