Langkawi: Program Penghijauan Malaysia terus diperkasa
17 October 2021
Dalam rangka lawatan kerja ke Langkawi pada hari ini, YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Menteri Tenaga dan Sumber Asli bersama-sama Komuniti Kampung Chandek Kura, Bukit Malut, Pulau Langkawi telah menanam pokok sempena menyokong Program Penghijauan Malaysia, Kempen Penanaman 100 juta Pokok anjuran Kementerian Tenaga dan Sumber Asli Malaysia.

Pokok yang ditanam ialah Pokok Merbau (Intsia palembanica) yang juga Pokok Kebangsaan. Sehingga 16 Oktober 2021, di negeri Kedah sebanyak 93,737 pokok pelbagai spesies telah ditanam dan direkodkan di bawah Kempen Penanaman 100 Juta Pokok. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 13,672 pokok telah direkodkan di Langkawi.

KeTSA juga berharap lebih ramai penduduk Langkawi menyokong dan menjayakan kempen ini khususnya generasi muda demi menghijaukan bumi Langkawi termasuk menerusi penanaman pokok bakau dan spesies pesisiran pantai yang lain.​



 






Attachments