Majlis Pecah Tanah Pencawang Pembahagian Utama (PPU) 33/11kV Sook yang disempurnakan bersama oleh YB Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan, Menteri Tenaga dan Sumber Asli dan YB Datuk Arthur Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Timbalan Menteri Kerja Raya.
Datuk Seri Takiyuddin berkata, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) sentiasa komited untuk menyediakan kemudahan bekalan elektrik kepada para pengguna di Sabah.
Antaranya, menyediakan geran berjumlah RM2.3 bilion dan pinjaman RM1.14 bilion dibawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) bagi pelaksanaan projek projek penjanaan, penghantaran dan pembahagian elektrik yang dilaksanakan oleh pasukan Pasukan Projek Khas Bekalan Elektrik Sabah dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) selaku syarikat utiliti.