Lawatan Kerja Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) ke Aspiring Stong Geopark, Kelantan di lokasi pertama Geotapak Gua Ikan, Dabong.
Geotapak Gua Ikan Dabong, Kuala Krai merupakan salah satu geotapak penting di dalam Aspiring Stong Geopark yang berusia sekitar 200-300 juta tahun. Gua Ikan sangat istimewa kerana gua ini merupakan sungai bawah tanah sepanjang 250m.
YBM KeTSA berucap mengenai usaha Kementerian yang memperuntukkan sejumlah RM300,000 bagi meningkatkan kemudahan infrastruktur di beberapa geotapak yang telah dikenal pasti sebagai mercu tanda bagi mempromosikan Aspiring Stong Geopark.
Selain itu, Kementerian juga menganjurkan Kursus Geoguide (Jurupandu Geopark) dengan penglibatan lebih kurang 60 orang yang terdiri daripada komuniti setempat termasuklah komuniti Orang Asli telah dikenal pasti untuk menyertai Kursus Geoguide Stong Geopark yang dijadualkan pada suku ketiga tahun 2022.