MAJLIS PENYERAHAN SIJIL PENGIKTIRAFAN UNESCO BUKIT BENDERA SEBAGAI TAPAK RIZAB BIOSFERA DI BAWAH PROGRAM MAN AND THE BIOSPHERE (MAB)
11 June 2022
Majlis Penyerahan Sijil Pengiktirafan Bukit Bendera, Pulau Pinang sebagai Tapak Rizab Biosfera di bawah Program Man and The Biosphere (MAB), UNESCO.
YB Datuk Ali Biju, Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) bersama-sama YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang telah bersama-sama menyempurnakan Majlis Penyerahan Sijil Pengiktirafan Bukit Bendera, Pulau Pinang sebagai Tapak Rizab Biosfera di bawah Program Man and The Biosphere (MAB), UNESCO.
Pada 15 September 2021, Malaysia sekali lagi berjaya mendapat pengiktirafan tapak rizab biosfera yang ketiga iaitu Bukit Bendera, Pulau Pinang. Pengiktirafan antarabangsa ini menunjukkan komitmen Malaysia dalam konservasi biodiversiti bagi menyokong agenda Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals – SDG) 2030.
Turut hadir, YBrs. Tuan Abdul Wahid Abu Salim Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli), KeTSA serta YBhg. Dato’ Cheok Lay Leng, Pengurus Besar Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang.​



Attachments