LAWATAN KERJA YB MENTERI ASPIRING KE TAPAK PROJEK ECRL, KELANTAN
16 June 2022

YB Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan, Menteri Tenaga dan Sumber Asli telah mengadakan lawatan ke Tapak Projek East Coast Rail (ECRL) di Negeri Kelantan.

YB Menteri melalui ucapannya berkata pengambilan tanah untuk projek East Coast Rail Link (ECRL) di Negeri Kelantan dilaksanakan secara berfasa yang melibatkan Jajahan Kota Bharu, Machang, Bachok dan Pasir Puteh.
Ketika ini, urusan pengambilan tanah yang dilaksanakan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) Negeri Kelantan bagi Fasa 1 telah selesai.
Secara keseluruhan, projek ini berjalan lancar termasuk dari segi proses pengambilan tanah. Katanya beberapa isu berbangkit berkaitan pengambilan tanah dapat diselesaikan oleh Kementerian dengan kerjasama baik daripada semua pihak, terutama daripada Kerajaan Negeri.


Attachments