MoU KERJA PERSEMPADAN DAN PENANDAAN SEMPADAN DARAT KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA DAN NEGERI SELANGOR
24 June 2022

Penentuan jajaran sempadan darat di antara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan negeri Selangor merupakan satu lagi ‘milestone’ penting melalui pemeteraian tiga Memorandum Persefahaman (MoU) oleh Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Zuki bin Ali di Putrajaya hari ini, 24 Jun 2022 (Jumaat).
Turut hadir bagi menyaksikan sesi menandatangani MoU oleh Ketua Setiausaha Negara pada hari ini adalah YBhg. Dato’ Haji Rosli bin Isa, Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida binti Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan YBrs. Sr. Haji Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia.​



Attachments