Program ini telah dianjurkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dengan kerjasama Agensi-agensi Negeri iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, BPEN Kedah, Pejabat Daerah Yan Kedah, Majlis Daerah Yan Kedah, Agensi-agensi Teknikal dan Penyelamat Negeri dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam ucapannya berkata, “Kerajaan Malaysia komited terhadap agenda global dalam pengurangan risiko bencana melalui 𝘜𝘕𝘋𝘙𝘙 𝘚𝘦𝘯𝘥𝘢𝘪 𝘍𝘳𝘢𝘮𝘦𝘸𝘰𝘳𝘬 𝘧𝘰𝘳 𝘋𝘪𝘴𝘢𝘴𝘵𝘦𝘳 𝘙𝘪𝘴𝘬 𝘙𝘦𝘥𝘶𝘤𝘵𝘪𝘰𝘯 2015-2030.
Pemasangan, pembangunan dan pelaksanaan sistem amaran awal aliran puing di kawasan peranginan Titi Hayun merupakan bukti komitmen kerajaan terhadap agenda global ini dan aspirasi nasional dalam memperkukuhkan risiko komunikasi, mempertingkatkan kesiapsiagaan dan mengukuhkan daya tahan setempat”.
KeTSA telah mengenalpasti dan menghargai peranan wira-wira tidak didendang ketika tragedi pada 18 Ogos 2021 lalu dan hari ini telah melantik 35 orang Jaguh Tempatan (𝘓𝘰𝘤𝘢𝘭 𝘊𝘩𝘢𝘮𝘱𝘪𝘰𝘯) yang telah menyumbang pengetahuan setempat bagi melahirkan masyarakat yang berdaya tahan terhadap ancaman bencana.