KeTSA telah menyediakan Program 𝘙𝘦𝘴𝘬𝘪𝘭𝘭 & 𝘜𝘱𝘴𝘬𝘪𝘭𝘭 - Latihan Ekopelancongan melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) yang meletakkan sasaran untuk melatih seramai 1,000 Malim Gunung Perhutanan (MGP) pada tahun 2022.
Pelaksanaan MGP ini bertujuan membekalkan kemahiran atau latihan semula kepada kumpulan sasaran komuniti setempat yang berminat menceburi bidang pekerjaan atau profesion Malim Gunung Perhutanan dalam sektor ekopelancongan sumber asli.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam ucapannya berkata, "satu insentif secara one-off sebanyak RM600 akan diberikan kepada malim gunung yang dapat melengkapkan 60 jam kursus dalam tahun ini".
YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Menteri Tenaga dan Sumber Asli bersama YB Datuk Ali Biju, Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli berkesempatan untuk menyampaikan sijil kepada peserta kursus serta menyampaikan Anugerah Deuter Malaysia.
Pada majlis yang sama, JPSM telah dilantik secara rasmi sebagai Duta Deuter Malaysia bagi tempoh 2022 hingga 2024 untuk melayakkan peserta MGP yang dilatih oleh JPSM diberikan diskaun istimewa bagi pembelian produk-produk 𝘰𝘶𝘵𝘥𝘰𝘰𝘳 Deuter-UFL Malaysia.