Buat julung kalinya YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Menteri Tenaga dan Sumber Asli mengadakan lawatan rasminya ke Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) yang merupakan sebuah pusat kecemerlangan latihan dan kompetensi dalam bidang pentadbiran tanah, ukur dan pemetaan di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA)
Ketibaan YB Menteri dimulai dengan sesi bergambar dan menandatangani buku pelawat, seterusnya diberi taklimat mengenai peranan dan fungsi INSTUN oleh Tuan Khairin Nazry Karim, Pengarah INSTUN.
YB Menteri turut dibawa meninjau perkembangan Projek Pembangunan Balai Cerap INSTUN yang dijangka siap pada tahun 2023. Mengakhiri lawatan, YB Menteri turut meluangkan masa seketika menyantuni peserta Kursus Sijil Pentadbiran Tanah Modul 2 Bilangan 1 yang diadakan mulai 27 Jun hingga 1 Julai 2022.