MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN SEMPADAN DARAT DI ANTARA SELANGOR DENGAN NEGERI SEMBILAN
04 July 2022

Perjanjian hari ini telah menyelesaikan jajaran sempadan darat antara Negeri Selangor dan Negeri Sembilan dengan jarak sepanjang 111.9 km yang bermula dari titik pertemuan sempadan tiga negeri iaitu Negeri Sembilan, Selangor serta Pahang dan berakhir di muara Sungai Sepang.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, “Saya menyeru negeri-negeri lain yang masih belum memuktamadkan sempadan negeri untuk segera berbuat demikian. Melalui penentuan sempadan yang jelas, Kerajaan-kerajaan Negeri akan dapat merancang dan melaksanakan projek-projek pembangunan di kawasan sempadan dengan lebih teratur dan bersepadu”.
Perjanjian Sempadan Darat antara Negeri Selangor dan Negeri Sembilan ditandatangani oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor dan YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan yang disaksikan oleh YB Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan, Menteri Tenaga dan Sumber Asli.​




Attachments