SAMBUTAN BULAN KEBANGSAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG 2022
31 August 2022


Kontinjen dari Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) bersama Jabatan dan Agensi menyertai perarakan perbarisan sempena Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 yang diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Perarakan kontinjen KeTSA dijayakan dengan gabungan seramai 80 warga KeTSA bersama Jabatan dan Agensi, diketuai oleh YBhg. Dato’ Mohamad Razif Haji Abd Mubin, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga), Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.
Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua warga KeTSA yang terlibat.





Attachments