PROGRAM PENANAMAN POKOK DAN PENGGAYAAN TASIK CHINI, PAHANG SEMPENA PROGRAM PENGHIJAUAN MALAYSIA: KEMPEN PENANAMAN 100 JUTA POKOK
10 September 2022
Program Penanaman Pokok dan Penggayaan Tasik Chini, Pahang sempena Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok. 

Program ini disempurnakan oleh YAB. Dato’ Sri Hj. Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang, diiringi oleh YB Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, YBhg. Dato' Rosli bin Isa, Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga dan Sumber Asli dan pegawai-pegawai kanan dari KeTSA. 

Sebanyak 1000 pokok pelbagai spesies hutan ditanam di sekitar kawasan Tasik Chini. 

Seterusnya, YAB Menteri Besar dan YB Menteri KeTSA turut berkesempatan meninjau keadaan di persekitaran tasik dan usaha pemuliharaan yang sedang giat dilaksanakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. 

KeTSA sentiasa menyokong komitmen dan usaha berterusan Kerajaan Negeri Pahang dalam memelihara dan memulihara kawasan Tapak Rizab Biosfera Tasik Chini.




​​
Attachments