Kerajaan telah bersetuju untuk tidak menaikkan tarif elektrik kepada semua pengguna domestik berikutan pelarasan tarif elektrik di semenanjung melalui mekanisme Imbalance Cost Pass-Through (ICPT).
Ini telah diumumkan YB Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) dalam sidang media bersama rakan - rakan media yang dijemput.
Justeru, lebih 9 juta pengguna elektrik yang melebihi 90 peratus daripada keseluruhan pengguna di Semenanjung Malaysia tidak akan terkesan dengan kenaikan kos bahan api untuk penjanaan elektrik.
Secara keseluruhannya, Kerajaan akan memperuntukkan sejumlah RM10.76 bilion subsidi bagi memastikan perkara ini dapat dilaksanakan.
Kerajaan berharap agar pemberian subsidi ini dapat membantu meringankan kos sara hidup rakyat terutamanya dalam tempoh pemulihan ekonomi pada masa ini dan sekali gus memastikan pembangunan ekonomi negara yang berterusan.
Turut hadir, YBhg. Dato’ Haji Rosli bin Isa, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), YBhg. Dato' Mohamad Razif bin Haji Abd Mubin, Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Tenaga) Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) dan YBhg. Dato' Ir. Ts. Abdul Razib bin Dawood, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga.