Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, PERHILITAN, berjaya menyelamatkan 50 haiwan liar pelbagai spesies, bernilai lebih RM75,000, menerusi Ops Taring V, yang dijalankan secara berasingan pada 27 hingga 29 Mac lalu.
02 April 2017

Op Taring V, 11 Orang Ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, PERHILITAN, berjaya menyelamatkan 50 haiwan liar pelbagai spesies, bernilai lebih RM75,000, menerusi Ops Taring V, yang dijalankan secara berasingan pada 27 hingga 29 Mac lalu. Menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, 11 individu berusia antara 21 hingga 51 tahun ditahan dalam serbuan itu. Ujarnya, serbuan pertama yang dilakukan pada 27 Mac lalu, berjaya menahan seorang lelaki pakistan berusia 46 tahun di Sentul. Ketika itu, dia dalam perjalanan membawa tiga anak lotong yang disorokkan dalam dua kotak untuk dijual. Serbuan kedua, pihak PERHILITAN menyelamatkan tiga ekor musang, tujuh lotong dan enam ekor kucing batu, yang disimpan di sebuah rumah di Ampang. Seorang wanita berusia 36 tahun disyaki pembekal haiwan ini turut ditahan. Hari ketiga serbuan, 28 kura-kura bintang dari India yang bernilai RM1,500 dan dua ekor burung tiong dirampas berhampiran Plaza Tol Senawang, Negeri Sembilan. Amaran keras turut diberikan kepada mana-mana individu yang menjual, menyimpan dan memiliki hidupan liar tanpa kebenaran PERHILITAN. Datuk Seri Wan Junaidi berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat PERHILITAN. Sumber: Buletin TV3 #Negaraku #NegarakuAlamSekitarku #OPSTARING

Posted by Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar - NRE on Saturday, 1 April 2017
Attachments