Lawatan korporat Ketua Setiausaha Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli Dato’ Dr. Tan Yew Chong ke Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) pada 6 Ogos 2018 di Wisma JUPEM, Kuala Lumpur.
Ia merupakan lawatan sulung beliau ke JUPEM setelah dilantik menjadi Ketua Setiausaha kementerian pada Julai lalu.
JUPEM merupakan salah satu daripada jabatan dan agensi di bawah kementerian yang berperanan dalam bidang ukur kadaster, pemetaan serta persempadanan negeri dan antarabangsa.
Taklimat ringkas telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Sr Mohd Noor bin Isa, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia. Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Haji Suhaimi bin Haji Mamat, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan Sumber Asli) serta pegawai-pegawai kanan.