Tan Sri Ketua Setiausaha Negara (KSN) Dr Ali Hamsa berharap platform KATS Management Retreat 2018 dijadikan sebagai titik perubahan ke arah pengurusan air, tanah dan sumber asli yang lebih baik dan mapan.
18 August 2018

Amanat beliau disampaikan ketika beliau memberi ucaptama di KATS Management Retreat 2018 yang diadakan di Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN).

KATS Management Retreat dianjurkan bagi menentukan hala tuju baharu Kementerian selaras dengan fungsi baharu KATS. Penetapan hala tuju baharu ini akan mengambil kira perkembangan situasi dan tuntutan semasa ke arah peningkatan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan.

Program ini telah dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian, Dato’ Dr Tan Yew Chong, Timbalan Ketua Setiausaha Dato’ Hj. Suhaimi Bin Mamat, Ketua-Ketua Pengarah Jabatan serta Setiausaha-Setiausaha Bahagian KATS.

Attachments