Majlis Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2018 bertempat di Pejabat Lembangan Sungai Klang, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, Kuala Lumpur Pada 14 Oktober 2018
14 October 2018

Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu/Integrated River Basin Management (IRBM) yang merupakan pendekatan terbaik yang memerlukan penglibatan semua pihak bagi mencapai objektif Memastikan Air Mencukupi, Memastikan Air Bersih, Mengurangkan Risiko Banjir dan Meningkatkan Pemuliharaan Alam Sekitar.

_

YB Dr. Xavier Jayakumar berkata, di bawah pendekatan IRBM juga, program kesedaran awam adalah salah satu pelan tindakan bukan struktur yang melibatkan masyarakat secara langsung dalam memberi impak jangka panjang kepada pemuliharaan dan pengindahan sungai. Semua langkah rawatan dan pencegahan yang diambil tidak akan memberi apa-apa kesan jika masyarakat tidak mahu terlibat atau ambil peduli mengenai alam sekitar amnya dan pengurusan sungai khususnya. Beberapa langkah telah diambil oleh JPS bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan alam sekitar. Antara aktiviti yang telah dijalankan oleh JPS adalah melalui pelaksanaan Public Outreach Programme (POP) di bawah Projek River of Life (ROL).
_
Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2018 bertempat di Pejabat Lembangan Sungai Klang, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, Kuala Lumpur pada hari ini. Turut hadir ialah YB Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad, Menteri Wilayah, YBhg. Dato’ Dr. Tan Yew Chong, Ketua Setiausaha, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS), YBhg. Datuk Seri Adnan bin Haji Md Ikshan, Ketua Setiausaha, Kementerian Wilayah dan YBhg. Dato’ Ir. Dr. Md. Nasir bin Md. Noh, Ketua Pengarah, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS).






Attachments