Insitut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menganjurkan Seminar Tumbuhan Ubatan dan Beraroma ke-15 (MAPS-15) bertemakan ‘Membongkar Khazanah dan Rahsia Alam Semula Jadi: Spesies Pilihan Semasa’.
Seminar ini bertujuan untuk memberikan pendedahan hasil penyelidikan dan informasi terkini mengenai hasilan semula jadi dari peringkat huluan dan hiliran ke arah penghasilan inovasi yang boleh dikomersialkan.
Seminar ini telah dirasmikan oleh YB Tengku Zulpuri Shah Bin Raja Puji, Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli di Bangunan Auditorium FRIM, Kepong (Auditorium E1).
