Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzudin Shah telah berkenan memashyurkan Lembah Kinta sebagai tapak geologi Geopark Kebangsaan dalam Istiadat pemashyuran yang berlangsung di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh Perak.
Lembah Kinta dikenali dengan keindahan alam semulajadinya dan pemashyuran ini menjadi pemangkin kepada aktviti eko-pelancongan, pendidikan dan penyelidikan bertaraf dunia.
Sementara itu, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli YB Dr. Xavier Jayakumar memaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM10.7 juta dalam Rancangan Malaysia Kesebelah (RMKe-11) bagi Projek Penilaian Potensi Pembangunan Geopark untuk Pengekalan dan Pemuliharaan Sumber Semulajadi Negara.
Hadir sama ke majlis ialah Ketua Setiausaha KATS Dato' Dr. Tan Yew Chong.
