LAWATAN MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI MENINJAU KEDUDUKAN TERKINI AKTIVITI PERLOMBONGAN DAN PENGEKSPORTAN BAUKSIT
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli YB Dr Xavier Jayakumar telah mengadakan lawatan bagi meninjau kedudukan terkini moratorium terhadap aktiviti perlombongan dan pengeksportan bauksit.
Tujuan lawatan pada 18 Februari ini adalah untuk melihat dengan lebih jelas kedudukan semasa berhubung isu bauksit di sekitar Kuantan dan fasiliti yang tersedia di Pelabuhan Kuantan.
Kementerian akan memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu yang disediakan Pasukan Petugas Khas meliputi aspek perlombongan sehingga pengeksportan dipatuhi dalam aktiviti perlombongan bauksit selepas tempoh moratorium tamat pada 31 Mac 2019.
Semua pihak yang terlibat dalam rantaian aktiviti perlombongan hinggalah pengeksportan dapat mematuhi semua syarat yang ditetapkan demi memastikan industri perlombongan bauksit di negeri Pahang berjalan secara mampan dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
#KATSMalaysia
