YB Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Dr Xavier Jayakumar telah mengadakan perjumpaan bersama warga KATS serta menghadiri sambutan Tahun Baru Cina 2019 yang berlangsung di Dewan Baiduri, Wisma Sumber Asli.
Penganjuran majlis seumpana ini bertujuan menghargai sumbangan warga KATS berbangsa Cina disamping mengeratkan hubungan antara kakitangan tanpa mengira bangsa dan agama.
Ketika menyampaikan ucapan, YB Menteri menegaskan bahawa setiap perbezaan kehidupan, budaya dan kepercayaan tidak seharusnya mengasingkan individu satu sama lain.
Meraikan majlis perayaan kaum lain akan melahirkan rasa hormat dan menghargai serta memerlukan satu sama lain.
Beliau juga telah mengingatkan warga KATS aspek tugas dan tanggungjawab, isu-isu air, tanah dan sumber asli negara yang merupakan tanggungjawab bersama tanpa mengira agama mahupun bangsa. Ini kerana ia menjadi tanggungjawab semua untuk memastikan apa yang pada hari ini dapat diserahkan kepada generasi masa hadapan
#KATSMalaysia