YB Dr Xavier Jayakumar, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YAB Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu di Wisma Darul Iman. Kunjungan hormat ini adalah bagi membincangkan kerjasama strategik Kementerian dengan Kerajaan Negeri.
Turut hadir ialah Datuk Zurinah Pawanteh, Ketua Setiausaha KATS, Datuk Shahar Effendi Abdullah Azizi, Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dan Dato Haji Ahmad Zaharin Mohd Saad, Ketua Pengarah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan.