YB Dr. Xavier Jayakumar, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli telah mengadakan lawatan kerja ke Stesen Penyelidikan, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Bidor, Perak pada 6 April 2019. Turut serta sewaktu lawatan tersebut termasuklah beberapa orang pegawai Kedutaan Asing di Malaysia.
Lawatan kerja ini bertujuan untuk melihat kejayaan FRIM dalam aktiviti penghijauan semula kawasan bekas lombong dengan kepelbagaian spesies pokok hutan yang telah ditanam dengan menggunakan teknik penanaman terpilih hasil penyelidikan FRIM.