YB. Dr. Xavier Jayakumar, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli telah merasmikan Seminar Kesedaran Biokeselamatan Peringkat Negeri Sabah bertempat di Hotel Hilton, Kota Kinabalu, Sabah
15 April 2019

YB. Dr. Xavier Jayakumar, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli telah merasmikan Seminar Kesedaran Biokeselamatan Peringkat Negeri Sabah bertempat di Hotel Hilton, Kota Kinabalu, Sabah pada hari ini.

Seminar ini melibatkan penyertaan daripada pelbagai kementerian/jabatan/agensi, institusi penyelidikan, institusi pengajian tinggi, masyarakat setempat dan pihak industri di peringkat negeri Sabah.

Pengisian utama:
1. Sesi perkongsian ilmu mengenai pengurusan biodiversiti dan biokeselamatan
2. Kawal selia kemasukan tumbuhan dan produk tumbuhan di Sabah
3. Sumbangan aktiviti penyelidikan dan bioteknologi.
4. Pameran mengenai biokeselamatan, program konservasi biodiversiti, penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan sektor pertanian

Tujuan penganjuran:
1. Memperluaskan maklumat mengenai peranan Jabatan Biokeselamatan dan Akta Biokeselamatan 2007 [Akta 678];
2.Meningkatkan pengetahuan dan membangunkan kapasiti mengenai pengendalian organisma hidup yang diubah suai (Living Modified Organism - LMO); dan
3. Menggalakkan perkongsian maklumat, kepakaran dan pengalaman dalam pengurusan biokeselamatan






Attachments