Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli YB Dr. Xavier Jayakumar pagi ini meraikan kejayaan FRIM pada Hari Anugerah FRIM 2018 yang diadakan di kampus FRIM, Kepong.
Dalam majlis tersebut, seramai 119 kakitangan FRIM telah terpilih bagi menerima anugerah kecemerlangan dalam 10 kategori berlainan.
Calon-calon dinilai berdasarkan kriteria-kriteria tertentu termasuk dari aspek sosial, kesukanan dan semangat berpasukan.
Dr Wan Tarmeze Wan Ariffin dan Dr Raja Barizan Raja Sulaiman merupakan penerima Anugerah Saintis Terbaik FRIM tahun.
Anugerah Penyelidikan Terbaik pula dimenangi kumpulan penyelidik 'Developing and implementing a national access and benefit sharing framework in Malaysia' yang diketuai oleh Dr Fadzureena Jamaludin. Dr Elizabeth Philip dan Adnan Mohammad pula menerima Anugerah KP FRIM.
FRIM turut mengadakan Perhimpunan Bulanan dan Majlis Jasamu Dikenang yang meraikan sembilan pesara dan bakal pesara sebagai penghargaan atas segala jasa dan khidmat bakti mereka.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah!
