Jabatan Perhilitan melalui pasukan taktikal khasnya Special Protected Area Response Team (SPARTA) telah berjaya menangkap dua orang pemburu haram warga asing dalam serbuan di Hulu Sungai Tersat, Taman Negara Terengganu, semalam.
16 April 2019

Dalam satu sidang media hari ini, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli YB Dr. Xavier Jayakumar berkata kedua-dua suspek warganegara Vietnam itu ditangkap dalam satu operasi penjejakan Ops Belang.

Beberapa barang kes turut disita dalam serbuan tersebut. Antaranya beberapa bahagian hidupan liar termasuk dari harimau dan juga peralatan untuk memburu seperti jerat dawai dan parang.

Nilai kerugian hidupan liar akibat pemburuan ini dianggarkan lebih dari RM500,000.

#SelamatkanHarimauMalaya

Attachments