Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli YB. Dr Xavier Jayakumar hari ini mengadakan lawatan ke Projek Saliran Mesra Alam Parit Batu 7 Anak Sungai Sibuga di Sandakan, Sabah.
Kawasan tadahan Parit Batu 7 antara lokasi yang kerap dilanda banjir di Sandakan.
Justeru, projek ini yang telah bermula sejak 5 September 2016 dijangka dapat mengurangkan risiko banjir di masa akan datang.
Seramai 12 ribu penduduk kawasan ini dijangka akan menerima manfaat sebaik projek ini siap pada bulan September tahun ini.
Kejadian banjir besar di kawasan ini kali terakhir berlaku pada tahun 2011 dan 2012 yang menyaksikan kedalaman banjir setinggi 1 meter.

