YB. Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji, Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli telah merasmikan Program Kempen Kesedaran Umum Keselamatan Air bertempat di Masjid Nur Ukkuwah, Gugusan Felda Tersang, Raub, Pahang sebentar tadi.
Turut serta adalah agensi-agensi di bawah Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli seperti Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP), Jabatan Bekalan Air (JBA), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Indah Water Konsortium (IWK) dan Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM).
