Peranan Media Dihargai
27 May 2019

Agenda pembangunan negara tidak dapat dicapai dengan lancar tanpa peranan yang dibawa oleh industri media. Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli memahami kepentingan media dalam menjadi antara medium utama penyampaian maklumat antara kerajaan dan rakyat. Mesej inilah yang dibawa oleh Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli YB. Dr. Xavier Jayakumar dalam sesi perjumpaan khas bersama-sama dengan pengamal media hari ini. Majlis tersebut turut disertai pengarang dan wartawan kanan agensi media meliputi pelbagai bahasa dari media tradisional dan atas talian. Kejayaan negara semestinya akan dapat kita sama-sama kecapi dengan kerjasama harmoni di antara pihak kerajaan dan pengamal media di Malaysia.

 



Attachments