Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli YB. Dr. Xavier Jayakumar hari ini menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Perjanjian Sempadan antara Negeri Kelantan dan Negeri Terengganu di Wisma Sumber Asli.
MoU dan perjanjian tersebut ditandatangani oleh Menteri Besar Kelantan YAB Ustaz Dato' Ahmad Yakob dan Menteri Besar Terengganu YAB Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.
Jarak keseluruhan jajaran sempadan darat di antara Kelantan dan Terengganu adalah berjumlah 198.7 kilometer. Dengan termeterainya perjanjian ini, kedua-dua negeri akan meneruskan rundingan penentuan sempadan maritim.
Kerja-kerja penandaan dan pengukuran sempadan di antara kedua-dua negeri tersebut dilaksanakan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia - JUPEM.
