Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli YB Dr Xavier Jayakumar hari menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Sempadan antara Negeri Melaka dan Negeri Sembilan.
Perjanjian itu ditandatangani oleh Ketua Menteri Melaka YAB Tuan Haji Adly Zahari dan Menteri Besar Negeri Sembilan YAB Dato' Seri Haji Aminuddin Harun
Jarak keseluruhan jajaran sempadan darat yang ditandatangani kedua-dua negeri ialah sejauh 89.1 kilometer.
Penyelesaian sempadan di antara negeri-negeri sangat dititikberatkan Kerajaan Persekutuan kerana penentuan jajaran yang muktamad membolehkan kerajaan-kerajaan negeri mentadbir dan melaksanakan pembangunan di sekitar sempadan secara lebih teratur dan terancang.
