Bahagian 3 : Lawatan Rasmi YB Menteri KATS ke Kuala Gandah
03 July 2019

Lawatan diteruskan ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (NECC) di Kuala Gandah. NECC yang mula beroperasi pada 1989 menjadi 'rumah' buat 32 ekor gajah pelbagai usia.

Kesemua gajah di NECC merupakan gajah-gajah yang diselamatkan, samada akibat terpisah dari kawanan atau kerana menjadi mangsa jerat pemburu haram.

Elli, seekor gajah berusia dua tahun, putus sebahagian kaki hadapan akibat terkena jerat buatan manusia. Elli kini menjadi penghuni di NECC selepas diselamatkan.

NECC dibuka kepada orang awam. Mereka yang berminat boleh melayari http://www.wildlife.gov.my/…/2016-05-10…/2016-05-10-02-42-10 untuk maklumat lanjut.

#biodiversiti
#zoologi
#KATSMalaysia

 

 




Attachments