Inisiatif AEON Sahut Kempen ‘Selamatkan Harimau Malaya’
06 July 2019

AEON Company (M) Bhd. menjadi syarikat swasta yang terawal untuk tampil bekerjasama dengan Kementerian dan Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia bagi menyokong Kempen “Selamatkan Harimau Malaya".

Majlis perasmian Program Kerjasama AEON - PERHILITAN yang berlangsung hari ini telah disempurnakan oleh Menteri KATS YB Dr Xavier Jayakumar di AEON Mall Taiping, Perak.

Sebagai tanda sokongan dan komitmen, syarikat tersebut merekabentuk beg guna semula edisi 'Love Our Forest, Save Our Malayan Tiger'

Bag edisi khas ini boleh didapati di 34 premis AEON mulai bulan Ogos hingga Disember 2019 dan hasil penjualan beg ini akan disumbangkan ke Tabung Selamatkan Harimau Malaya.

Melalui kerjasama PERHILITAN – AEON ini juga, penganjuran Pameran Kesedaran Awam oleh PERHILITAN akan dilaksanakan di premis AEON yang terpilih.

Kementerian amat mengalu-alukan lebih ramai pihak tampil ke hadapan untuk sama-sama membantu usaha memulihara Harimau Malaya.

#SelamatkanHarimauMalaya
#Konservasi
#HidupanLiar
#KATSMalaysia

 

 



Attachments