Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli YB Dr Xavier Jayakumar hari ini menerima petisyen #Only200TigersLeft yang diwujudkan oleh The Body Shop sebagai tanda sokongan kepada kempen Selamatkan Harimau Malaya.
Petisyen tersebut yang berjaya mengumpul lebih daripada 120,000 tandatangan telah diserahkan kepada YB Menteri dalam satu majlis di Parlimen Malaysia.
Petisyen tersebut telah diwujudkan sejak 8 April lalu sebagai tanda komitmen dan sokongan terhadap program-program yang telah dilaksanakan dalam memastikan kelangsungan spesies ikonik negara ini.
#SelamatkanHarimauMalaya

