Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli YB Dr Xavier Jayakumar mengumumkan kerjasama di antara Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) dan Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia pada Sambutan #GlobalTigerDay 2019
29 July 2019

Siap sedia pemburu haram! Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli YB Dr Xavier Jayakumar mengumumkan kerjasama di antara Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) dan Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia pada Sambutan #GlobalTigerDay 2019 hari ini.

Ketua Polis Negara, Dato' Seri Abdul Hamid Bador telah menyatakan komitmen untuk anggota beliau untuk turun membantu dalam usaha membanteras pemburuan haram.

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Penaung Kempen Selamatkan Harimau Malaya, YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohd Ali.

Turut hadir menyokong usaha tersebut adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Bersama-sama kita berganding bahu untuk #SelamatkanHarimauMalaya!
#SaveOurMalayanTiger

Attachments