Lawatan YB Dr. Xavier Jayakumar, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli ke Loji Rawatan Kumbahan Serantau Sunggala Indah Water Konsortium Sdn Bhd di Port Dickson, Negeri Sembilan hari ini.
Turut hadir dalam lawatan tersebut adalah ahli parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
YB Menteri turut menggesa premis komersial dan hotel di Port Dickson untuk membuat sambungan kepada sistem pembentungan awam untuk menghalang pencemaran kepada sungai dan pantai.
Pantai yang bersih akan mampu menarik pelancong ke kawasan Port Dickson. Secara tidak langsung membawa kesan ekonomi positif ke kawasan sekitar

