Sambutan Hari Gajah Sedunia 2019 | World Elephant Day 2019
07 September 2019

Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Gajah Sedunia 2019 pada 7 September 2019 di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Kuala Gandah, Lanchang Pahang.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dr. Xavier Jayakumar, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli dan turut dihadiri oleh YBM Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji, Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS).

Sambutan Hari Gajah Sedunia atau World Elephant Day (WED) 2019 kali ini adalah berkonsepkan “Karnival dan Santai" di mana pelbagai aktiviti menarik dilaksanakan seperti Gandah Fun Run, Program Sukarelawan (Volunteering), Pameran dan Program Persembahan Informatif Gajah.

Hari Gajah Sedunia merupakan acara tahunan yang disambut pada 12 Ogos setiap tahun di peringkat Antarabangsa. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang pemuliharaan dan perlindungan gajah di seluruh dunia. Sambutan secara rasmi Hari Gajah Sedunia ini telah bermula sejak tahun 2012 dan disambut seluruh dunia.

Selebriti terkenal Maya Karin telah dilantik 'The Voice of Wildlife' yang akan membantu KATS dan PERHILITAN menjalankan aktiviti sukarelawan dan sebagai suara menyebarkan maklumat dan informasi berkaitan usaha konservasi hidupan liar.

#WorldElephantDay
#ILoveMyGajah
#EliFriend2019




Attachments