KATS hari ini telah mengadakan Program 'Pocket Talk: Malaysia Biodiversity' dan pelancaran buku 'Royal Belum-Temengor Rainforest: The Hidden Treasures of Perak' di Taman Eko-Rimba KL Bukit Nanas.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji, Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli.
'Pocket Talk: Malaysia Biodiversity' merupakan program yang buat julung kalinya diadakan dengan menghimpunkan tujuh (7) orang pakar dalam bidang biodiversiti termasuk daripada FRIM, universiti awam dan Hospital Raja Permaisuri Bainun Perak. Pakar-Pakar berkongsi kepakaran dan pengalaman mengenai peranan penting biodiversiti dan perkhidmatan ekosistem kepada kehidupan manusia.
Program ini diadakan sempena Pameran 'Hutan Kita' yang telah dirasmikan oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 23 Ogos 2019 yang berlangsung sehingga 22 September 2019 di Menara Kuala Lumpur.
#HutanKita

